Cara Menyahbinasakan Fon Android Anda: Bahagian 1 (Mudah)

Dari Muelsyse6 minit membaca

Pencarian

Aku perlukan fon baru. iPhone XS-ku yang berusia 5 tahun ada modul FaceID yang rosak (juga tak ada sensor hujung jari untuk diharapkan) dan sering dibelenggu oleh gulungan boot dan kegagalan, yang membuatkan saya mempersoalkan daya maju jangka panjangnya. iPhonenya sebuah pengalihan tangan, yang aku menerima sebab fon Android yang aku mengguna sebelum ni agak tak boleh digunakan bagi aliran kerjaku. Namun, selepas mengguna Linux dan telah ditawan oleh FOSS, aku nak sangat kembali ke ekosistem Android. Selepas beberapa minggu berpenyelidikan, aku akhirnya memilih sebuah peranti: POCO X6 Pro.

Imej yang menunjukkan sistem kamera POCO X6 Pro

POCO X6 Pro macam terlalu murah. Untuk sekitar RM1300 ($300), korang dapat penyimpanan 512GB UFS 4.0, LPDDR5X RAM 12GB, skrin 120Hz AMOLED yang lawa dengan sokongan HDR dan sebuah CPU/GPU yang jauh lebih kuat dari penyaingnya di julat harganya! Macam tak payah fikir lah. Atau begitulah aku fikir.

Pensyaratan

Dengan hardware sangat mantap, dah tentulah datang dengan kos kan? Ya… yang besar…

POCO adalah anak syarikat Xiaomi dan ia kebanyakannya menjual fon Redmi dijenama semula di luar China. Fon China seumumnya dapat penerimaan campur-campur: ia memberi nilai bagus berbanding kos, tapi teruk sangat privasi dan keselamatan. Mereka juga ada iklan dan penjejak dibenamkan ke dalam banyak bahagian sistem operasinya, termasuk juga apps sistem! Walaupun hakikatnya POCOku menjalankan Android 14, ia sebenarnya menjalankan versi Android diubahsuai banyak Xiaomi sendiri yang bernama HyperOS. Ia tak mempunyai pengoptimuman, mengandungi banyak pengembungan dan dengan HyperOS 2.0 menunjukkan Xiaomi perlahan-lahan menjauhi dari kernel Android, aku tak berharapan untuk masa depannya.

Aku telah menghabiskan beberapa bulan yang lalu mengoptimumkan fonku supaya ia bukan hanya lebih peribadi dan selamat, tapi juga seronok untuk digunakan. Ilmu yang aku telah peroleh kini akan disampaikan kepada korang dalam siri 3 bahagian tentang “Cara Menyabinasakan Fon Android Anda”, disusun daripada mudah hingga susah.

Cukuplah menceloteh, jom kita gula.

Langkah 1: Halang Iklan/Penjejak menggunakan Private DNS

Penting

Sesetangah organisasi dan sekolah menghalangi DNS-over-TLS sebagai sebahagian daripada firewall mereka. Jika korang tak boleh masuk internet selepas menggunakan Private DNS, dayakan Mod Kapal Terbang pastu lumpuhkannya balik.

Jika masalah korang masih tak dibaiki, tukar balik ke penetapan Private DNS yang lalai dan langkau langkah ini (atau dayakannya setiap kali korang tak menggunakan WiFi organisasi).

Sejak Android 9 Pie (2018), DNS yang disulitkan telah disokong pada Android dalam bentuk DNS-over-TLS. Pada dasarnya, Domain Name System (DNS) adalah ‘phonebook of the Internet’. Ia menerjemahkan youtube.com yang korang menaip ke dalam bar carian kepada alamat IP seperti 142.250.188.14 supaya pelayar korang dan perkhidmatan lain boleh memuat tapak web tersebut melalui sebuah rangkaian pelayan yang terdesentralisasi.

Bila menukar kepada pelayan DNS yang disulitkan dan ditapiskan, korang boleh guna buku fon ini bukan hanya untuk menghalang penjejak, tapi juga iklan dan tapak web bahaya! Ini boleh mengetatkan keselamatan peranti korang dan menambah kualiti hidupan digital korang.

Setiap pengilang menetapkan penetapan mereka secara berbeza, jadi ia terbaik untuk mencari cara mengakses Private DNS khususnya untuk peranti korang. Untuk POCO X6 Pro aku, yang menjalankan HyperOS 1.0.13.0.UNLMIXM pada masa penulisan, korang boleh mengubahkannya dengan pergi ke Tetapan > Lebih banyak pilihan sambungan > DNS Privasi > Nama hos penyedia DNS Privasi. Masukkan alamat DNS-over-TLS pelayan DNS yang korang nak gunakan di situ (e.g., p2.freedns.controld.com).

Saya sendiri membayar $20/tahun untuk Control D punya rancangan ‘Some Control’ sebab betapa bagusnya (aku boleh lihat statistik, sesuaikan senarai halangku dan juga menguruskan berbilang peranti!). Selain ini, terdapat beberapa pembekal penyulitan DNS ditapiskan yang percuma di luar sana. Demi penahanan lama, aku menunjuk korang ke arah Pembekal Disyorkan PrivacyGuides. Kalau korang tanya aku, aku mengesyorkan DNS Percuma Control D atau Mullvad DNS sebab pilihannya yang banyak. Namun, ia terpulang kepada korang untuk membuat keputusan terakhir.

Langkah 2: Buang Apps Yang Anda Tidak Perlukan

Imej yang menunjukkan sebuah aplikasi yang saya tidak boleh nyahpasang
Imej di atas (mobile) atau ke sisi (desktop) menunjukkan aplikasi dengan seberapa banyak sekatan yang mungkin

Setiap fon datang dengan set apps yang diprapasangnya sendiri. Kebanyakan darinya, terutamanya kalau korang terbeli fon murah, adalah aplikasi tajaan. Ini salah satu sebab kerana fon murah dihargakan seadanya. Pengilang sering memprapasangkan versi apps Android sendiri juga yang lebih kerap dari tidak tak sebagus apps yang ia dibuat untuk menggantikan (e.g., Chrome/Firefox dan YouTube Music).

Semua apps ni (aka bloat) mengambil sumber sistem berharga dan boleh mengurangkan keselamatan peranti korang. Korang lebih baik menyahdayakan/membuangkannya atau membatasinya untuk memastikan ia tak menjalan di latar belakang atau kebenaran.

Ini mudah dilakukan dengan memasuki sesantainya laman Aplikasi di tetapan korang. Terokai apps satu-satu, fikir dulu kalau korang perlukan, dan buang/nyahdayakan jika tidak. Kalau app itu tak boleh dibuang, atau hanya tunjuk pilihan untuk Nyahpasang Kemaskini (e.g., Mi Browser), korang lebih baik menyahdayakan setiap kebenaran, notifikasi, kaedah penyambungan dan bateri yang app itu boleh menggunakan.

Langkah 3: Percepat/Alih Keluar Animasi Sama sekali

Awas

Ia penting untuk korang jangan sentuh apa tetapan lagi di dalam Pilihan Pemaju kecuali kalau korang tahu apa korang buat. Beberapa apps penting - seperti aplikasi perbankan - boleh mengesan sama ada korang telah mendayakannya dan menyekat sementara atau memberi amaran kepada korang daripada mengakses app atas sebab keselamatan. Jika ini berlaku, korang boleh melumpuhkan Pilihan Pemaju dan langkau langkah ini.

Banyak fon Android murah hampir gagal mengekalkan 60fps yang konsisten semasa penggunaan biasa. Satu cara yang membuatkan fon korang terus berasa lebih laju ialah mempercepatkan atau mengalih keluar animasi sama sekali. Namun, korang perlu memasuki Pilihan Pemaju, yang disembunyikan secara lalai.

Sekali lagi, pengeluar yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk mendayakan dan mengaksesnya, jadi lebih baik untuk carinya sendiri. Secara amnya, ia boleh didedahkan dengan menekan Nombor Binaan nombor peranti beberapa kali sampai ia berkata “You are now a developer!” — biasanya ditemui di bahagian Tentang Peranti peranti korang. Di peranti HyperOS, korang perlu menekan Versi OS pula.

Setelah korang mendayakannya, masuk Pilihan Pemaju dan tatal ke bawah hingga korang temui Skala animasi tertingkap, Skala animasi peralihan dan Skala animasi juruanimasi. Main-mainlah dengan sama ada .5x atau off dan tengoklah mana satu korang lebih suka.

Kesimpulan

Asalnya, terdapat empat langkah, tapi selepas aku perasan siaran ni dah agak panjang, aku memutus untuk menundakan langkah yang lagi satu ke bahagian masa depan. Aku juga membuang sejumlah banyak waffle, dengan niat untuk meringkaskan. Semua langkah terbabit adalah apa aku melakukan untuk mengoptimumkan perantiku dan mungkin akan berbeza dari apa orang lain di Internet mengesyorkan.

Ini juga siaran pertamaku untuk #100DaysToOffload. Maka bermulalah perjalananku untuk menerbitkan 100 siaran dalam setahun. Aku ada beberapa siaran menarik dalam periuk, dan walaupun ia bukan Bahagian 2 dan 3 dalam siri ni (ia akan datang kemudian sebab ia mengambil masa), menantikannya juga!

Komen

Anda boleh mengulas pada catatan blog ini dengan membalas siaran ini secara terbuka menggunakan Mastodon atau akaun ActivityPub/Fediverse yang lain. Balasan bukan peribadi yang diketahui dipaparkan di bawah.

Buka siaran