Mencuci Galeri Aku Dengan Sebuah Sponge
Dari Muelsyse • 3 minit membaca •
Aku ganti ke Linux dalam sekitar dua tahun lalu, dan aku sangat terbenam dalam dunia FOSS sampai aku dah biasa membenci setiap satu perisian hak milik yang aku temui. Namun, aku dah lembut hati sejak tu dan memegang pada pendekatan yang lebih munasabah: Aku lebih suka menggunakan FOSS, tapi kalau perisian hak milik tu memang bagus, aku guna.
Inilah macam mana aku menemui Sponge.
Tak melebih-lebih, seronok, dan mungkin cara yang paling efektif untuk kemaskan galeri korang.
Tertaksub Sikit akan Penyimpanan
Telefon pintar pertama aku adalah ASUS Zenfone 5. Tak, bukan klon iPhone X tu, yang dari 2015 dengan… chip Intel Atom (tu lah, kan?). Ia datang dengan hanya 8GB penyimpanan sahaja. Ini nampak macam banyak bagi aku pada masa tu, tapi foto/video dah cukup untuk cepat-cepat penuh. Setiap kali pemberitahuan ‘Telefon anda hampir menghabisi ruang’ yang laknat tu muncul, aku akan terbuntu sekejap. Tabiat ini dibawa sehingga kini, di mana aku merasa risau sikit setiap kali aku penuhkan ruang pada peranti aku, memacui aku untuk cepat-cepat mengoptimumkan/membersihkannya.
Penggunaan Sistem Leret yang Cerdik oleh Sponge
Bila korang melancarkan app, korang disambut oleh sebuah peratusan perkembangan pembersihan korang. Bila korang memula bersihkan, ia menyusunkan galeri korang mengikut bulan dan mendedahkan betapa banyak imej/video ada dan berapa banya korang dah proses. Bila korang memilih bulan, korang ditunjukkan antara muka pembuangan, dan kat situ lah di mana Sponge betul-betul menyerlah.
Cara Sponge berfungsi agak seragam dengan paradigma pemadanan ’Leret Kiri/Kanan/ Tinder yang menawan dunia dating (dan perisian) sedekad lalu. Bila korang meleret untuk padam, appnya tak buang terus barang-barang korang pilih, membenarkan korang untuk memastikan atau membatalkan pilihan korang. Terdapat juga pilihan penetapan yang membagi korang pilihan untuk sama ada menghantar barang-barang korang pilih ke sampah atau memadamkannya habis.
Aliran kerja ni membuat penerokaan galeri sangat lebih seronok dan intuitif, berbanding menggunakan sistem pemadaman yang terbina dalam galeri aku atau pengurus fail laptop aku untuk mengayak beribu-ribu imej dan video.
Yang kelakarnya, aku baru perasan kenapa diorang namakan appnya ‘Sponge’.
Punyalah Bagus, Aku Dapatkan Sponge Premium
Malangnya, video pembersihan dan ciri-ciri tak penting yang lain dikunci di balik dinding pembayaran. Nasiblah, Sponge Premium adalah pembelian sekali, sepanjang hidup dan juga agak berbaloi berbanding harga pada RM 26.99 (~$6 USD). Ini juga kali pertama aku pernah berbelanja duit pada pembelian dalam app untuk perisian hak milik (kecuali game), dan aku sangat puas dengan pembelian aku.
Sekali lagi, aku sangat rekomen app ni jika korang mencari cara senang dan efektif untuk bersihkan galeri korang. Korang tak perlu melalui semuanya sekaligus. Bagi aku, aku menghabiskan sekitar 30 min sehari membersihkan galeri aku je dan aku menjimat antara 300MiB ke 3 GiB+ buat tu je, setiap hari!
Komen
Anda boleh mengulas pada catatan blog ini dengan membalas siaran ini secara terbuka menggunakan Mastodon atau akaun ActivityPub/Fediverse yang lain. Balasan bukan peribadi yang diketahui dipaparkan di bawah.