Menghantar Meme Menggunakan Radio

Dari Muelsyse6 minit membaca

Imej artikel berkualiti rendah yang menunjukkan radio di bangsal terbiar dengan Muelsyse menyatakan bahawa ia boleh digunakan untuk mengikuti perkembangan berita semasa kiamat. Sementara itu, Doktor mempunyai idea lain.

Internet sudah jatuh, berbilion tak boleh guna media sosial. Macam mana kau nak hantar meme basi kau kat member kau sekarang?

Mengguna radio lah!

Ehh, sikit. Ada banyak batasan pada ni yang aku akan menghuraikan lebih terperinci kemudian, tapi buat sebagai projek sampingan seronok jugak. Apa lagi, aku juga nampak beberapa kes penggunaan alternatif di mana ni menjadi lebih membantu. Kalau takde pun, sekurang-kurangnya korang sekarang ada lah pembesar suara tanpa wayar yang murah!

Wei, Apa? Tapi Camne?

Itulah reaksi aku bila aku nampak siaran oleh adminispwd ni kat Instagram. Nasiblah, dia cukup baik untuk kongsi tutorial jugak macam mana nak buat! Jadi, macam mana berfungsi?

Ni menggunakan sebuah kaedah bernama slow-scan television (SSTV), yang digunakan oleh pengendali radio amatur untuk pancar imej antara sama sendiri. Sistem SSTV beroperasi pada frekuensi suara, dan dalam siaran ni aku akan tunjuk korang macam mana ni boleh digunakan atas FM Radio, yang sebahagian pada julat Very High Frequency (VHF).

SSTV juga ada pelbagai mod operasi yang mempengaruhi resolusi imej dan masa yang diambilnya untuk menghantar. Mod yang paling popular (menurut penyelidikan asas aku) nampak macam Martin M1 di Eropah dan Scottie S1 di AS. Dalam panduan ni, kita akan menggunakan Robot36 sebaliknya kerana ia cepat dan boleh dihantar dalam warna sekalipun!

Jadi Apa Langkah Seterusnya Pada Operasi? 👽

Korang perlukan beberapa benda untuk mula. Nasiblah, semuanya boleh dibeli murah atau percuma terus!

TBenda yang korang perlukan. Korang tidak memerlukan komputer riba, korang boleh menggunakan dua telefon sebagai ganti.
Benda yang korang perlukan. Korang tidak memerlukan komputer riba, korang boleh menggunakan dua telefon sebagai ganti.

Kebanyakan pemancar FM dalam pasaran biasanya digunakan untuk diguna pada pemicu rokok kereta untuk memberi kefungsian pembesar suara tanpa wayar kepada kereta lama. Pastikan korang jangan beli pemancar Bluetooth jugak. Yang dipamerkan pada imej menggunakan bicu fon kepala daripada sambungan USB, sebab aku tak nak sambung USB apantah yang aku beli online dalam fon atau komputer aku. Aku terbelanja RM17 (~4 USD) pada masa penulisan.

Yang kelakarya, tanya-tanya je lah untuk radio. Adalah orang yang ada satu radio berhabuk terbiar je. Apa-apa yang boleh terima signal FM boleh diguna. Radio kereta korang pun boleh guna! Lagi satu, pastikan pemancar FM korang tak terlalu jauh dari peranti menerima, julatnya agak pendek.

Siaran ni tertumpu khas kepada Linux dan Android. Namun, ada penyahkod SSTV untuk iOS dan pengekod/penyahkod SSTV untuk Windows tapi aku belum uji lagi yang tu jadi terokalah sendiri.

Kinilah Masa Menala.

Cukuplah berstatik, inilah masa menala.

  1. Sambungkan pemancar FM korang pada peranti pemancar korang pastu on kan.
  2. Talakan radio korang kepada frekuensi sama yang dipaparkan oleh pemancar FM. Kalau radio ditalakan betul-betul, korang akan dengar kesunyian daripada statik.
  3. Kalau ada gangguan, cari satu frekuensi yang takde atau ada sedikit pengangguan pada radio. Apabila terjumpa, sesuaikan pemancar FM korang pada frekuensi tu. Untuk rujukan, pemancar FM aku ditetapkan pada 107.2MHz.
Dari Kiri-Kanan: QSSTV, SSTV Encoder, Robot36 (semua ditetapkan kepada mod yang betul)
Dari Kiri-Kanan: QSSTV, SSTV Encoder, Robot36 (semua ditetapkan kepada mod yang betul)

Lepas tu, korang patut pasangkan pengekod dan penyahkod SSTV korang.

Pada peranti pemancar korang, pilih satu meme untuk hantar. Sebab resolusi direndahkan kepada 256 x 240, meme biasa-biasa je yang terbaik. Tapi, korang boleh hantar apa-apa je korang nak.

Pastikan peranti penerima korang diletakkan dekat dengan radio/pembesar suara. Bunyi bising boleh menyebabkan penggangguan pada signalnya, tapi kebisingan kecik boleh tambah sikit pemikatannya kalau korang minat (aku memang tentulah).

Akhirnya, mulakan pemancaran! Korang boleh buat sedemikian dengan menekan butang Play pada pengekod korang.

Input asal (kiri) lwn output SSTV (kanan)
Input asal (kiri) lwn output SSTV (kanan)

Beep boop. Sikit demi sedikit, sebuah imej akan mula membentuk mengikut garis demi garis apabila peranti penerima korang menyahkud keluaran mentah radio korang. Tahniah, anda sudah menghantar sebuah meme dengan radio FM! Anda kini seorang pakar taikposting bersijil!

NOTA KE DIRI SENDIRI: Cari sijil yang betul 😅

Padulah, tapi Apa Syaratnya?

Pemancar FM murah biasanya ada julat pendek sebab sekatan undang-undang. Kalau ikutkan, korang tak boleh hos stesen radio amatur/ham sendiri (yang pada asasnya memang apa yang korang buat) tanpa lesen. Namun, ni terutamanya diterapkan pada operasi skala besar yang sepatutnya meliputi seluruh bandar, tapi ni tergantung pada undang-undang tempatan korang.

Ada juga faktor penggangguan: stesen radio lain boleh senang je menganggu penghantaran radio korang. Kalau frekuensi lalai tak boleh guna, akan ambil masa sikit untuk korang cari frekuensi berfungsi.

Aku boleh memikirkan berpelbagai kes penggunaan untuk ni selain dari menghantar meme:

Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada Muhammad Isa @ adminispwd (tapak webnya) untuk idea asalnya! Aku seronok gila buat ni dan melihat reaksi orang lain bila aku tunjuk ni lawak habis. Eksperimen bodoh tapi menarik macam ni memaniskan kehidupan korang sikit, dan aku tak sabar tengok apa korang buat dengan ilmu ni nanti.

Siaran ni menandakan Hari 2 #100DaysToOffload

Komen

Anda boleh mengulas pada catatan blog ini dengan membalas siaran ini secara terbuka menggunakan Mastodon atau akaun ActivityPub/Fediverse yang lain. Balasan bukan peribadi yang diketahui dipaparkan di bawah.

Buka siaran