Tengah Sibuk
Dari Muelsyse • 4 minit membaca •
Aku sibuk gila.
Bulan ni, aku ada 6 quiz, 4 periksa dan 3 tarikh akhir. Semuanya perlu diutamakan daripada hampir segala-galanya.
Final aku masih menjelang, jadi aku tak pasti kalau aku boleh blog lagi ke tak. Sekurang-kurangnya, aku dapat ‘rehat’ seminggu. Aku sekejap je, sebab aku nak sebut sedikit je benda yang sangat membantui aku pada bulan menekan ni.
Notesnook dan Monograph
Aku dulu kaki celaru. Ni maksudnya aku selalu lupakan tarikh tamat dan apa-apa tarikh penting yang lain. Malangnya, dalam universiti aku, ada berlambak tempat yang aku perlu telitikan untuk pengumuman. Akibatnya, aku memutus untuk membuat sebuah papan nota di mana aku boleh menjejaki segala kuiz, periksa dan tarikh tamat ni (‘Upcoming Q, T & D’ seperti aku panggil). Ini sangat berharga pada aliran kerja aku dan membenarkan aku untuk merancang demi masa kini dan untuk beberapa minggu seterusnya.
Notesnook ada ciri percuma ni yang terlalu sedikit sangat orang cakap tentang: Monograph
Monograph pada dasarnya adalah nota awam. Korang boleh melindunginya dengan kata laluan, buatnya menghapuskan sendiri selepas lihat, atau biarkan je kat situ (ia, secara lalai, tidak disenaraikan). Semua Monograph statik, jadi ia tak kemas kini secara otomatik - dan aku sangat suka tu. Jadi, aku boleh sunting nota tersebut secara tempatan pada komputer/fon aku dan ‘terbitnya’ sekali lagi (bawah pautan yang sama) bila aku rasa dah siap. Jadi, apa kena mengenanya tu dengan aku?
Aku rasa ia akan membantu rakan kursus aku kalau aku buat nota tersebut awam, jadi aku menerbitnya sebagai Monograph dan kongsinya dengan diorang. Aku gembira aku buat camtu, sebab ia rupanya sangat membantu diorang juga dan diorang menolong aku jika ada sesuatu yang takde. Kepada rakan kursus aku yang membaca ni, sebuah kemas kini besar akan datang tapi beransur-ansur. Nantikan ya!
Aku niat nak melanggan pada Notesnook Education Plan untuk menggunakan Notesnook sepenuh-penuhnya dan untuk menyokong pembangun. Aku dok mengguna sejak zaman v2 lagi, dan bagi aku ia adalah salah satu aplikasi catatan nota FOSS yang terbaik. Ia setaraf dengan QOwnNotes (yang aku guna untuk lakarkan siaran blog aku). Tengoklah /guna untuk lagi apps mantap yang aku guna.
Kalendar Daudix
Walaupun aku pelajar sains komputer, aku masih lebih suka menggunakan pen dan kertas. Dalam darah aku lah rasanya. Di sekolah menengah dulu, aku akan mencetak sebuah kalendar untuk digunakan. Bagi aku, ia jauh lebih senang sebab kemungkinan besar aku mengingati benda kalau aku tuliskan daripada menaip. Lagipun, menjejaki berlambak kalendar digital tak seronok.
Buat tahun lepas, aku menggunakan Templat Hummingbird Microsoft. Namun, apabila aku tertemu akan kalendar bertemakan Portal Daudix, aku tau aku perlu menggunakannya. Aku dari dulu minat estetik dan riwayat dunia Half-Life (walaupun tak pernah habiskan satu pun permainan dalam siri. Nantilah, aku janji). Ini nampaknya macam kalendar terbaik untuk aku. Ia juga agak seronok untuk menunjuk kawan-kawan aku yang pernah main Portal, dan diorang menyukainya seperti aku.
Kalendar tersebut digunakan banyak pada bulan ni dan dengan segala tarikh penting (punyalah banyak sampai aku perlu permainankannya untuk tahan. Dijudulkan sekreatifnya:‘Stronghold Protocol’) dan wei aku tak boleh cukup berterima kasih kepada Daudix untuk menciptainya. Aku doakan dia yang terbaik dengan Ametrine, aku sangat menanti menggunakannya apabila ia dah siap :D
Aku Perlu Berusaha Lebih
Ini adalah tahun pertama dan semester pertama aku di uni. Aku buat banyak kawan yang baik, dan diorang dah tolong aku banyak. Aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka dan minta maaf kerana kekurangan aku. Belum lagi minggu pengakhiran pun aku dah kelam kabut sini sana dalam pelajaran. Aku ada sekitar tiga minggu untuk bersedia, dan aku tengah berusaha payah sekarang. Aku tersedar bahawa aku perlu uruskan masa aku betul-betul, sebab berkerja sepanjang hari tak mampan menurut keputusan dan kesihatan mental aku. Pergi Surau/Masjid selalu sangat membantui aku rehatkan hati dan minda aku. Oh ya, dan jangan lupa tidur awal.
Aku tak ringkaskan ni macam aku janjikan wkwk. Salah aku.
Siaran ini menandakan Hari ke-3 pada #100DaysToOffload
Komen
Anda boleh mengulas pada catatan blog ini dengan membalas siaran ini secara terbuka menggunakan Mastodon atau akaun ActivityPub/Fediverse yang lain. Balasan bukan peribadi yang diketahui dipaparkan di bawah.