Saya Pilih Laman Web [TEST TITLE]

• Dari Muelsyse and Adamee
Penafian

As with any human being, I am not perfect. I have made many mistakes in the past and will do more in the future. Please be patient with me, and if I make any mistake in this website, feel free to contribute to it yourself. The website code and content are licensed differently, so do check them out to know your rights.

Salam Dunia 👋

Ini merupakan siaran yang pertama dan harap banyak lagi yang saya akan tulis. Ada banyak benda yang ada di belakang kepalaku yang saya ingin membincangkan tapi saya tak pasti wahana apa yang saya patut guna sehinggalah saya mencipta tapak web ini.

Kenapa Saya Memilih Sebuah Tapak Web?

Saya sejak dulu telah menjadi mamat tu yang tak pernah berhenti bercakap pasal tech, sama yang terbaik atau tidak. Seperti mana-mana budak yang membesar pada awal abad ke-21, saya berimpian menjadi seorang YouTuber. Saya hanya nak sebuah platform untuk meluahkan diri tapi akhir-akhirnya memutuskan yang sebalik kerana habis cerita - saya penyunting video yang teruk. Memandang balik, itu mungkin yang terbaik. Saya tak boleh membayang hanya mengharapkan YouTube sebagai platform utama pengeluahan saya (tapi saya mungkin akan menerokainya balik jika perlu, sebagai usaha sampingan).

Bila saya menyertai komuniti Linux pada tahun 2022, itu adalah kali pertama saya mula membaca blog ahli pembangun untuk mengikuti berita berkaitannya (bila saya kata Linux, saya merujuk ke sistem operasi, bukan hanya kernel). Inilah macam mana saya mengenali konsep IndieWeb, yang mana saya mungkin akan mengungkapkan lebih dalam sebuah siaran masa depan. Seringkasnya, ini juga macam mana saya mendapat tahu tentang Fediverse, yang boleh dihuraikan sebagai kaum manusia membawa media sosial kembali ke tangan rakyat daripada corpo besar seperti Meta, Google, dan Bytedance.

Secara peribadi, saya sangat gemarkan gagasan bahawa media sosial patut dinyahpusatkan. Sesawang korporat dan natijahnya merupakan sebuah bencana buat seluruh kaum manusia dan alam sekitar. Saya disebarkan pada masa di mana IndieWeb mula bertolak dari mainstream. Kinilah masa kami kembali menganutinya. Maka, tapak web ini dicipta.

Salah satu siaran ingin saya menulis adalah sebuah panduan penuh tentang cara membina tapak web anda sendiri dengan Zola, Static Site Generator (SSG) pilihan saya. Ia agak senang (saya melalui banyak masalah sendiri supaya anda tak perlu) tapi tidak akan ada sebarang perjanjian akan pelancarannya. Kekurangan panduan video tentang Zola juga menjengkelkanku sedikit.

Pautan lebih

Walaupun pautan ke beberapa akaun media sosial saya boleh ditemui di pengaki, saya akan menyematnya balik di sini supaya korang lebih senang melihatnya.

Pergi ke AtasFailkan Isu